09 November 2010

Tidak Mengapa

Tidak Mengapa
Jika diri kita tidak disayangi manusia sekeliling
Kembalilah kepada Yang Maha Pencipta
Kerana kasih sayang kepada Allah adalah yang hakiki
Dia lebih Mengetahui apa yang kita rasa
Dia lebih Mengetahui apa yang kita alami
Menangislah kita diatas Sejadah itu semahunya
Merintihlah kita diatas Sejadah itu semahunya
Memintalah kita diatas Sejadah itu semahunya
Sesungguh Allah amat Malu jika tidak mengabulkan permintaan hambaNya
Pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya
Ya Allah.......takutnya aku kepada NerakaMu
Namun tidak pula aku pasti
Adakah aku layak untuk SyurgaMu
Aku ingin kembali kepadaMu Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
Semalaman aku menangis 
Semalaman aku bertawadduk
Semalaman aku bermuhasabah diri
Aku temui ketenangngan disitu

Ya Allah....dugaan demi dugaan Kau berikan untuk ku
Aku kini Redha.....
Aku mulai sedar........ada yang terbaik Kau janjikan untuk ku kelak
Teguhkanlah Iman ku.....Tabahkanlah hati ku
Dalam menghadapi ujian Mu itu...
Amin.



(note: pic by google)




No comments: