Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts

29 September 2011

Apabila Kita Menangis

Dalam kita melangkah terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat hingga
kita terduduk menangis....peritnya terasa
tapi ketahuilah dan renungilah kembali
kedalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir
kerana Dia mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar dari keikhlasan
dan semoga kita tabah dan ditetapkan IMAN.....

Ku Impikan Keluarga S-M-R

Kuimpikan keluarga,
Bahagia, harmoni dan sejahtera,
Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria,
Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta.

Kuimpikan rumahtangga,
Bahagia dalam sederhana,
Harmoni dalam ibadah,
sejahtera dari keluh kesah.

Kuimpikan keluarga,
Walau kehidupan bertandang pancaroba,
Tangan bertaut, saling menyokong,
Salah dan silap, dinasihati dengan cinta,
Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya..

Kuimpikan rumahtangga,
Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah,
Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA,
Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kuimpikan…
keluarga SMR…

InsyaAllah.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI

note: puisi ini dipetik daripada blog: http://ummuhusna99.blogspot.com.
 terima kasih kpd pemilik blog kerana memberi keizinan utk berkongsi   :-D



24 September 2011

Ku Cari Damai Di Hati

Tatkala insan lain sedang bergembira
namun aku disini menangis meratapi nasib
mencari sekelumit sinar kebahagiaan

puas aku mencari salah diri ini
puas aku muhasabah mencari kekurangan diri
lalu ketemui jawaban
aku hanyalah manusia yang lemah

kadang cemburu dengan kebahagiaan
kenapa terlalu singkat hadir dalam hidupku
apakah aku tak layak untuk bahagia???
Tuhan telah merancang yang terbaik buatku
ku menanti rahmatNya

Sakitnya......pedihnya derita yang ku lalui ini
serasa untuk mengalah
namun aku pasti dapat mengharunginya
ku panjatkan doa agar diberi ketabahan dan kesabaran
dalam mengharungi onak yang berduri ini

kesunyian yang melanda diri
kerinduan yang menghimpit jiwa
mengajak aku untuk lebih mengenali
Penciptaku.......Dia lah Yang Maha Esa

Ku Cari Damai Di Hati
kepada Tuhanku tempat aku mengadu
kepada Tuhanku tempat aku menangis semahunya
kerana aku yakin dan percaya
Allah mengetahui segalanya.....gejolak di dalam hati ini

pasti ada kebahagiaan yang menantiku
kerana Allah telah mengambil sedikit kebahagiaan dariku
dan Allah berjanji akan memberi lebih kebahagiaan
buat mereka yang sabar
Sabar itu indah............................................

wahai hati, tenanglah
wahai jiwa, damailah
yakin Allah bersamaku.



note: sekadar coretan....... :-)

06 September 2011

Best nyer lagu ni

Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja



note: namo sedey-sedey eh...still in Syawal month....sob..sob.. MH tak de citer raya yer...gambar raya pon tak de...Raya tahun ni tak best....MH bizi like a bee kat dapur... huhu   =(

25 March 2011

Sedih Ini Hadir Semula

Kadang tu Aku sampai dah penat sangat menangis,
Aku sedih bila apa yg aku buat,
apa yg aku korbankan,
sikit pun tak dihargai

Kenapa???
tak layak kah aku dihargai.....???
tak pernah terlintas ataupun terdetik dihati ini
untuk meminta simpati atau balasan

Semua aku lakukan seikhlas hati aku
bukan intan berlian yang aku minta sebagai ganti
cukuplah sekadar kau berkata "Terima Kasih"

Bila aku kenangkan semula.....
seumur hidup aku
sentiasa penuh dengan cerita duka lara
bahagia yg hadir cuma lah sesaat
pernah juga tertanya......
kenapa berat sungguh dugaan Allah kepada aku???
dan pastinya ada rahmat yang besar sedang menanti aku

Tak perlu aku mengeluh kesah begini lagi
biar la....biar la....biar la.....
tidak selamanya kau akan senang
tidak selamanya kau perlu menindas aku
tidak selamanya aku boleh diambil kesempatan
tidak selamanya aku boleh bersabar dan berlembut
Allah Maha Adil......itu yang aku pegang
sampai masa....kau akan terima balasan

15 November 2010

Gerhana by Ziana Zain

Benar aku yang bersalah
Mungkin tiada kemesraan dihati
Harus kau fikirkan jua
Segala perubahan sikap ku itu
Bukan niatku
Melukakan hatimu

Tika ia bermula
Cinta kita bersinar
Masih dalam ingatan paduan janji
Jangan kau persoalkan
Dimana kejujuran
Masih engkau sangsikan keikhlasan ku

Berapa lama mungkin
Kesabaran ku ini
Terang yang tiba
Jadi gerhana
Ada cahaya redup seketika




sentapppp nyer lagu ni.......:(

09 November 2010

Tidak Mengapa

Tidak Mengapa
Jika diri kita tidak disayangi manusia sekeliling
Kembalilah kepada Yang Maha Pencipta
Kerana kasih sayang kepada Allah adalah yang hakiki
Dia lebih Mengetahui apa yang kita rasa
Dia lebih Mengetahui apa yang kita alami
Menangislah kita diatas Sejadah itu semahunya
Merintihlah kita diatas Sejadah itu semahunya
Memintalah kita diatas Sejadah itu semahunya
Sesungguh Allah amat Malu jika tidak mengabulkan permintaan hambaNya
Pintu taubat sentiasa terbuka buat hambaNya
Ya Allah.......takutnya aku kepada NerakaMu
Namun tidak pula aku pasti
Adakah aku layak untuk SyurgaMu
Aku ingin kembali kepadaMu Ya Allah
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
Semalaman aku menangis 
Semalaman aku bertawadduk
Semalaman aku bermuhasabah diri
Aku temui ketenangngan disitu

Ya Allah....dugaan demi dugaan Kau berikan untuk ku
Aku kini Redha.....
Aku mulai sedar........ada yang terbaik Kau janjikan untuk ku kelak
Teguhkanlah Iman ku.....Tabahkanlah hati ku
Dalam menghadapi ujian Mu itu...
Amin.



(note: pic by google)




03 November 2010

Entah.....Tak Tau

Lately ni
aku berjiwa lara
nak update blog pun 
tak de idea dah

Jalan-jalan ke blog kengkawan
dapat satu idea
nak buat satu giveaway atau contest
untuk mengubati lara di hati
memandangkan mmg ada gift nak bagi
selain nak menambah kenalan


Tapi.....
aku ni budak baru merangkak
tak reti nak buat contest-contest ni
tak tau nak buat contest apa pulak tu
ada sape-sape sudi nak tolong???
Tolong suggestkan nak wat contest apa???
Dan tolong ajar cara-cara nak wat contest tu gak
(Heeee.....malu ai....tak reti...)

Dan nak tau gak.....
Ada ke yang nak join contest ni nanti???

02 November 2010

Bila Cinta Ini Tak Lagi Bermakna.....

tajuk entry tu sbnrnya dari lirik lagu.....
apa ntah tajuk nyer....ala lagu filem LBS tu.

tapi lirik-lirik dalam lagu tu
sangat terkena batang hidung ku sendiri

Betul kata arwah nenek,
Kalau kita terlalu agungkan cinta manusia
cinta itu tak kemana
kerana apa yg ada didunia ini
semuanya hanyalah pinjaman

Lantas,
bila teringat pesanan keramat itu
aku kini mengejar cinta yang fana

dah lama cinta itu memburu ku
tapi.....
kerana aku hanya manusia yg lemah
aku tetap mengagungkan cinta sesama manusia

Aku terharu
cinta itu tak pernah putus-putus mengejarku
cinta yang fana itu menyedarkan ku
hanya cinta itu lah yang memberi kebahagiaan yang hakiki

Duhai hati
pergilah engkau kepada yang fana itu
carilah ketenangan disana
pasti kau temui jawapan disana.....

Ya Allah,
Dekatkanlah diriku pada cintaMu itu
Cintailah aku sepertimana Kau mencintai orang-orang yg beriman
Amin

28 October 2010

Lonely




well,
apa lagi nak di ceritakan....
all those pic dah cukup menceritakan apa yang aku rasa

eventhough,
setiap hari aku di kelilingi oleh sahabat handai, kenalan rapat, kawan-kawan pejabat
tetapi sebenarnya,
masih ada sekelumit di pintu kecil hati ini
merasakan perasaan ini

tak mampu nak diluahkan
tak mampu nak di ungkapkan
tak mampu nak ditangisi
tak mampu nak ku tanggung lagi

bila rasa ini akan pergi??~~~hilang....??
cukup perit tatkala rasa ini datang menjengah
jiwa semakin lara
merana setiap ketika

Ingin diri ini di manja dan di belai
tapi aku sudah dewasa
pada siapa nak ku mengadu??

Kejam nya rasa ini
mengapa diri ini selalu merasakan rasa ini
aku sepi di saat insan lain bertawa riang
aku sepi di saat insan lain bercanda bahagia


oh Lonely.....please go away from my heart
hate to feel you!!!


20 October 2010

Tak pe~~~Biar la

Mood entry hr nih: merawat rajuk hati yg rawan
(sungguh puitis ayat nih)

Tak pe....biar la
org tu nak buat aku macam ni
apa boleh buat kan...
kalau dah tak suka...tak boleh paksa

Tak pe....biar la
hati ini merajuk...dan merajuk lagi
kerana dah biasa begini
penghujungnya.....pujuk sendiri

Tak pe...biar la
masa berlalu dengan cerita sedih ini
aku dah tak upaya nak menangisi nya lagi
tak ada guna nya pun

Tak pe....biar la
aku mengalah....
*
*
*
Tak pe....tak pe....tak pe....biar laaaaaaaaaaaa

05 October 2010

Daripada Dia kita datang Kepada Dia kita kembali

Tanggal 3 oktober 2010, tepat pukul 3pm nenek tersayang ku telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya....Al-Fatihah

Nenek, (sebak)
terlalu banyak jasamu kepada ku, tak sempat cucu mu ini utk menabur budi diatas segala keringatmu yg pernah nenek curahkan dulu

Aku pernah menghabiskan masa kecilku dibawah jagaan nenek dan tok ayah ku. Kedua-dua belah mumy dan abah ku org kelantan....begitu juga nenek2 dan atok2 ku...

Oleh kerana, masa kecilku dulu keluarga ku hidup susah, abah telah menghantar aku dan abang ku utk dijaga oleh nenek2 dan atok2 di kampung.

Namun malangnya, utk berlaku adil, abah ku telah memisahkan aku dan abangku....aku diletakkan dibawah jagaan nenek belah abahku....dan abangku dibawah jagaan nenek belah mumy

Alangkah bertuahnya abangku, dia mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang drp nenek dan tok ayah belah mumy....mereka mmg nenek dan tok ayah yg penyayang...wlupun seringkali rotan hinggap di badan kami....namun itu semua adalah utk kebaikan

Namun malang menimpa aku kerana hidup dibawah jagaan nenek belah abah....sesungguh nya nenek belah abah pilih kasih dan aku yg disisihkan....hidup aku tak ubah spt cucu tirinya. kalian pasti tak akan percaya, dlm seminggu aku hanya cukup makan pada hari khamis, jumaat dan sabtu.....dan hari-hari yg lain, aku terpaksa ikat perut....aku sering dihukum....dan sbg hukuman, aku tidak blh menyentuh nasi....

Kenapa aku hanya makan pd hari khamis, jumaat dan sabtu? kerana itu adalah hari cuti di kelantan...dan aku akan pergi ke rumah nenek kesayangan ku....bila berada disana aku berasa amat bahagia dan aku akan makan dgn lahapnya.....kerana aku terlalu LAPAR

Nenek pernah menitiskan air mata kerana melihat aku memegang makanan kiri dan kanan, nenek pernah tanya....Kak Ya (nama panggilanku) tak makan ke kat sana? tanpa segan silu aku menjawab...."tak nek, tok wan (nenek belah abah) tak bagi makan....sbb tok wan ckp kak ya degil"

Bila menginjak dewasa, baru aku mengerti mengapa nenek menitiskan air mata itu....nenek kesiankan aku....abg aku hidup sempurna makan pakainya....tp adiknya....apakan daya nenek dan tok ayah ku....abah telah membuat perhitungan begitu

Namun, Allah Maha Berkuasa.....Allah memberikan aku kekuatan....dah lama aku pendamkan hasrat utk "lari dari rumah"....akhirnya aku boloskan diri....aku berjaya sampai kerumah nenek dan tok ayah....mmg berlaku kekecohan antara nenek dan tok wan...tp aku nekad tak ingin balik ke rumah tok wan lagi....

Abah la org yg sangatttt marah kpd ku.....dari situ la nenek memperjuangkan nasib aku....nenek sanggup membela aku dan abangku walaupun abah ku tak mengirimkan wang belanja utk kami. nenek dan tok ayah tak sanggup melihat cucunya diperlakukan sedemikan rupa....

Dari saat itu, masa kecilkan amat bahagia....walaupun jauh dari abah dan mumy tapi aku dan abang mendapat kasih sayang yg sempurna daripada nenek dan tok ayah.

Setiap hari rutin kehidupan ku spt kanak-kanak yg bersekolah yg lain....pergi dan balik sekolah, makan, mengaji al-quran dengan nenek....paling indah adalah solat jemaah aku, abang, nenek dan imamnya adalah tok ayah.
(knp air mata ni tak berhenti mengalir???)

Bila dikenangkan kembali, alangkah indah nya masa kecilku.....nenek dan tok ayah banyak mengajar aku dan abang ilmu-ilmu keagamaan dan nasihat-nasihat yg baik.

Kini nenek yg ku sayang sudah tiada lagi......pergi menemani tok ayah yang sudah dua tahun lebih meninggalkan cucu-cucu nya ini.

Nenek,
terlalu indah masa kecilku dulu bersama nenek dan tok ayah,
didikan agama dan nasihat nenek telah menjadikan kak ya seorang "manusia" pada hari ini
pilunya hati ini bila mengenangkan saat-saat indah itu

Nenek,
Damailah disana.....semoga roh nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman dan dikasihi Allah
Nenek terlaluuuuu baik......nenek....nenek
AL-FATIHAH

22 July 2010

Buat baik di Balas Baik

Dear Blog,

Masa menaip entry ni, time lunch, malas nak keluar, so apa lagi, jenguk la kat sini.
Fuhhh!! sangat lega, audit dah settle dengan jaya nya. Part aku dpt OFI jer dan pujian yg melambung-lambung....(riak nye...)

Alhamdulillah, hasil penat lelah, tungkus-lumus, bersengkang mata dan OT aku selama dua minggu lepas berbalas dengan pujian yang melambung daripada auditor.
itu la, bak kata pepatah...buat baik di balas baik
kalau buat kerja dengan niat yang ikhlas dan tanpa rungutan, akan mendatangkan hasil yg baik.

Aku sangat bangga,even this is my first try, aku berjaya maintainkan pencapaian department ku. Aku berjaya buka mata kepada kroni-kroni ofis ni yg suka menjaga tepi kain orang, yang aku ni diam-diam ubi berisi (wlupun aku diam.....tapi kerja aku tak susahkan org dan always well done....sbb itu adalah expectation dari pegawai atasan, aku kena achieve)

Ok, dah la cite pasal audit. tak menarik pun.
Last week,hari sabtu, lepas blk dari kenduri kawen kawan en.asben, our small family benti solat kat "Masjid Besi P'jaya".....(my asben pggl nama tu....suka-suka jer).
Nak solat kena la gilir2 sbb ada si hero tu.

Masjid Besi ni best, masjid baru, guna kipas jer, tak de aircond2 nih.....selebihnya natural air....sbb MB ni wat concept "open"....so angin sepoi2 bahasa from p'jaya lake tu meniup masuk ke dalam MB.....sangat la nyaman nyer.

MB ni, dewan solat nya sangat la luas......kat tepi2 dewan tu ada balkoni yg leh org lepak2 after solat.....
aku, en. asben dan hero ku pun lepak2 gak after solat.

Seronok tgk perwatakan manusia kat situ. Masuk masjid of course la bertudung kan? tp aku sangat emosional dan sedih bila tgk ada mak2 datin, makcik2 yg berstatus mak2 org,teenagers pompuan....tanpa segan silu masuk ke masjid dengan kepala yg "bogel".

Awat nye???? tak blh ke nak respect Rumah Allah yg cantik tu.....terang2 nmpk niat ko sekadar nak bersantai2 kat situ. Solat atau tidak itu terpulang la pada individu. tapi aku sangat marah bila ada yg tak bertudung bila menziarah rumah Allah. Nauzubillah............

Termenung aku sejenak....sekali lagi terlintas di hati, dunia akhir zaman. Aku pernah terbaca, antara tanda-tanda dunia akan kiamat:
" Rumah Allah dihias cantik, namun tiada pelawat dan sekadar dijadikan hiasan"
Renungkanlah wahai manusia...........aku tau, aku juga bukan la perfect, tapi aku sekadar berkongsi ilmu yg mana ada pada ku.

Tidak takut kah kalian pada hari pembalasan?????..............terutama wanita.
Wahai kaum wanita......ketahuilah, bahawa kaum kita la yg paling senang mendapat pahala namun kaum kita juga lah yang paling ramai menghuni neraka........Nauzubillah.

Seems like entry kali ni sangat emosional yer kengkawan....sila abaikan emosi ku itu.
Entahlah....kadang tu aku terpikir jugak.....org2 yg buat dosa ni, terutama umat islam, mereka bukan tak tau bezakan pahala dan dosa....cuma............kenapa yer???

Nauzubillah......aku pun masih kerdil disisi Allah.....maafkan andai ada yg terasa. sekadar berkongsi ilmu.


See Ya!

02 July 2010

Aku Terus DiDuga~~~

Sedih,sayu,rajuk,rawan hati ini tak siapa yg mengerti
hanya padaMu Allah,tempat aku mengalirkan air mata ini

Setiap fasa kehidupan aku sentiasa ada dugaan
dan kini, Aku DiDuga lagi......
Ya Allah, aku redha dengan setiap ketentuanMu
Ingin sekali hambaMu yg kerdil ini mengecap kebahagiaan yg sejati di bumiMu Ya Allah
Namun aku pasrah
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang telah Kau takdirkan kepadaku

Hebat sungguh ujianMu kepada ku kali ini
Terduduk dan termenung aku seketika
Apakah masih ada sinar kebahagiaan buatku didunia pinjamanMu ini Ya Allah


Aku masih berpegang pada janjiMu Ya Allah
Engkau tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak cukup tabah untuk menghadapinya
Aku mencari kekuatan diri ini
Aku terus melangkah disetiap nafasku demi kebahagiaan puteraku yg disayangi
Tidak adil jika dia turut diheret sama dengan kesedihan dan kekecewaan mamanya ini
Dia insan kecil yg masih tidak mengerti apa-apa

Ya Allah, apakah yg sedang menantiku?
hidupku tak putus-putus menghadapi ujianMu
Terkadang ingin rasa menyerah kalah......
Namun tatkala menatap mata puteraku itu, hati yg luluh ini kembali kuat

22 June 2010

Nakk Sangattt~~~~~

hmmm.....alahaii,
saban bulan demi bulan aku menanti
namun setakat ni masih belum ada apa-apa tanda pun

Orang kata jangan difikirkan sangat,
aku cuba nak buat macam tu,tapi tak boleh
naluri hati ini terlalu mendesak
aku terlalu rindukan tangisan seorang bayi

Benar....
penantian itu satu penyeksaan
namun jiwa ini harus terus tabah

Doa dan harapan tak pernah putus ku titipkan tiap hari
Ya Allah, padaMu aku memohon.....

02 June 2010

WaRKaH BuAT SuaMI.....

AbaNG,

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3
Abang dan Hakim adalah insan terhebat yang dikurniakan oleh Allah kepada Alin

AbaNG,

Maafkan segala keterlanjuran diri ini selama 3tahun kita melayari bahtera perkahwian kita
Sesungguh nya setiap kekurangan itu datangnya dari kita hamba Allah yang lemah ini

AbaNG,

Isterimu ini tidak akan pernah jemu mengucapkan sayang kepada mu walau diri ini dihadiahkan sejuta kelukaan oleh mu

AbaNG,

Tiada yang lain diharapkan oleh isteri mu ini, hanyalah kebahagiaan kita dunia dan akhirat

AbaNG,

Sempena ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3 pada hari ini 2 June 2010, sekali lagi isterimu ingin menyatakan betapa sayang nya isterimu ini kepada suaminya
Tidak pernah terdetik benci di hati ini walau sejuta dugaan yang telah kita tempuhi

Love you Abang soooo Much...


written by,
isteri kpd Sahzul Hisam

20 April 2010

??.??.??.??.??

Hari yg sngt bosan lagi hari ni
Kemalasan nak buat kerja melanda lagik.....motif??....bos-bos besar tak de kat ofis
Sebenarnya mood aku hilang disebabkan permulaan hari yang tak berapa baik
pagi-pagi lagi ada jer hal yg buat aku bengangggg
Touch n Go ngan Smart tag kat sume-sume tol dr Semenyih ke UPM hari buat hal
tak ke mcm S*^%L tuh......tambah lagi dengan driver-driver jantan
yang tak gentleman langsung...........pun sama macam g*%#@*g gak....benciiiiiiii

Lately,terasa terlampauuuuu la malasnya....malas dr segala-gala hal
then take action,last saturday gi SPA untuk segarkan badan
hmmm.....best la masa kat SPA tu,then blk umah....huh....
ada something yg membuatkan aku rasa macam ni sbnrnya
dun noe how to explain

Ya Allah, hambamu ini terlalu lemah untuk menghadapi dugaan Mu...berikanlah kekuatan pada diri ku yang kerdil lagi hina ini...Amin


written by
mamahakim


06 January 2010

Siapa yang Tahu~~~????


Dear Blog,

Setelah beberapa hari melangkaui tahun 2010, baru kali ini aku berkesempatan menulis lagi. 2010 aku sambut dengan keadaan kesihatan yg kurang baik, aku demam untuk beberapa hari.... Tinggalkan cerita sakit, apa yg berlaku untuk permulaan 2010 pada diriku???

Yup, pada mulanya bermula dengan baik, Alhamdulillah Allah mendengar rintihan hambaNya ini. Ku lalui hari-hariku seperti rutin yang biasa, tiada yang berubah pun, cuma anakku Hakim makin manja dengan ku, kengkwn jangan salah sangka pula, bukan manja sbb nak dpt adik, tp tak tahu kenapa Hakim semakin manja dengan ku....sebelum ni asyik nak ngan abah dia jer...mungkin dia makin membesar dan dia mula memahami kasih sayang yang aku curahkan untuk dirinya....alahaiii anak mama sorang nih.

Aku ingin jadikan 2010 ini, tahun yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan....aku perlu tinggalkan cerita duka....jangan menangis lagi..itu azamku.
Namun jauh disudut hati yang kecil ini, masih menangis....Kenapa masih menangis ALIN???........luka ku yang berparut, hati ku yang berderai, SIAPA YANG TAHU???

Biar la....biar la aku sendiri yang menangis dan biar la aku sendiri yang memujuk kerana SIAPA YANG TAHU??? saat hati ini dilanda duka....biar la, air mata ini setia menjadi peneman kerana air mata ini pasti tidak akan kering....air mata ini pasti akan hadir saat terkenang cerita suka dan duka....

Kepada hamba-hamba Allah yang selalu membiarkan hati ini menangis, bergembiralah kalian melihat air mata ini, tiada apa yang perlu ku dendamkan...kerana aku dambakan kebahagiaan yang kekal DI SANA kelak, dunia ini hanya pinjaman......apa yang ada padaku sekarang juga hanyalah pinjaman, tiada satu pun yang akan kekal....

Pasti ada sinar bahagia untuk aku suatu ketika nanti, aku yakin. Salam to all...

Bye...Bye...