Showing posts with label cerita hakim. Show all posts
Showing posts with label cerita hakim. Show all posts

02 October 2011

Warkah Buat Sayangku...Hakim

Assalamualaikum,

Sayangku Hakim,

Pada detik dan saat ini, mama coretkan warkah ini buat kenangan untuk Hakim
pada masa hadapan kelak.
Warkah ini bukti kasih sayang mama kepada Hakim yang tidak pernah berbelah bagi.
Setiap hari, hanya Hakim dalam ingatan mama.

Sayangku Hakim,

Mama amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan Hakim kepada mama, anak sulung lelaki.
Mama tahu, suatu hari kelak Hakim akan menjadi pembimbing, pelindung dan tempat berteduh bagi mama
dan adik-adik yang lain andai nya Hakim dikurniakan adik beradik yang ramai.

Sayangku Hakim,

Keletahmu setiap hari membuatkan mama terhibur dikala hati dan perasaan mama disakiti.
Senang hati mama apabila melihat tawa riang Hakim.....Hakim memang tidak pernah akan
faham derita yang mama tanggung....
tidak mengapa....Hakim tak perlu lalui semua itu.
Hakim selalu menyapu air mata mama setiap kali mama menangis.....
Hakim selalu pujuk mama setiap kali mama merajuk
Hakim selalu puji masakan mama walaupun sekadar nasi putih dan telur goreng
Hakim selalu menadah tangan dan berdoa bersama mama setiap kali mama selesai solat

Sayangku Hakim,

Mama selalu berdoa
agar Hakim menjadi anak yang soleh dan selalu mendengar cakap mama dan hormat orang tua
yer memang Hakim nakal....memang hakim lasak.....tapi itulah Hakim
apalah yang Hakim tahu pada umur Hakim baru tiga tahun ini
fitrah kanak-kanak.....hanya kegembiraan yang mereka faham....

Sayangku Hakim,

Maafkan mama kalau mama selalu marahkan Hakim
demi untuk kebaikan Hakim juga.....mama marah sebab mama sayangkan Hakim
mama minta maaf sebab selalu kurung Hakim dalam bilik air sebagai denda atas kesalahan Hakim
itu saja jalan yang terbaik....daripada mama pukul Hakim teruk-teruk
mama lebih rela dengar Hakim menangis dalam dua tiga saat dalam bilik air tu

Sayangku Hakim,

Hakim anak yang baik
setiap kali Hakim merasakan Hakim dah melakukan kesilapan
Hakim akan terus minta maaf daripada mama
itulah satu perangai Hakim yang sangat terpuji

Sayangku Hakim,

Jadilah manusia yang berguna suatu hari nanti
jadilah khalifah Allah yang sentiasa taat pada agamaNya
jadilah seorang lelaki yang sentiasa bertanggungjawab
jadilah seorang anak yang soleh
jangan pernah cuba untuk menyakiti hati orang lain....percayalah amat perit bila hati dilukakan
jangan pernah cuba untuk mencari musuh....cubalah padamkan sifat dengki dan dendam

Sayangku Hakim,

seandainya ditakdirkan umur mama tak panjang
selalu lah berdoa untuk mama yer sayang
angkatlah jenazah mama hingga ke liang lahad
pasti mama akan tenang disana nanti

Sayangku Hakim

pesanan mama yang terakhir
selalulah mencari keredhaan Allah....dekatkan diri dengan Allah
kalau kita rasa sedih dan rasa diri dikhianati
sujudlah kepada Allah.....menangislah, mengadulah semahunya
kerana hanya Allah sahajalah yang menyayangi kita secara hakiki
nescaya kita akan temui ketenangan....

Sayangku Hakim

kaulah harapanku.....kaulah yang paling ku sayang....kaulah sedih dan gembiraku
Mama Sayang Hakim.




Lots of Love
Mama

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

01 February 2011

Potty Training For Hakim

beberapa minggu sudah
MH ada baca entry kat Blog Mummy KD
yang anak Mummy KD dah free diapers....

so, MH pun tingin lah nak tengok si Hero ni
free diapers jugak
umo nyer dah masuk 3tahun diz year
kalau tak de pape
InsyaAllah next year nak htr tadika...
tu pasal la kena ajar si Hero ni

so, last weekend, hari sabtu
bermula lah potty training
huhu.....
diumumkan....utk first day nih
mission adalah FAILED!!!

betul kata Mummy KD
utk latih anak ke tandas
memerlukan kesabaran yang tinggi

satu hari tak pakaikan Hakim diapers
habis merata pee nyer....hadoiiiii
nasib baik dah poo pagi-pagi bangun tido

next day hari ahad tu
tak wat potty training sbb balik kampung

MH akan cuba lagi......
sampai la Hakim free diapers jugakkk.....
baru sekali wat potty training
mesti failed kan?? ye tak??
=)

all mama's kat luar tu
mcm mana mama-mama sume ajar anak ke tandas yer??
jom share.....
TQ..... (^_^)

28 October 2010

Anak Bujang Teruna Saya





Jarang- Jarang aku nak bercerita pasal anak bujang ku sorang ni kat blog mama nyer kan.

Ni ada la beberapa pic yang terbaru dari Hakim. Umo dah 2th setengah, tp masih bottlefeed lagik. hai la anak mama, bila la nak bercerai botol ni. diapers pun still pakai lagik. Ada gak ajar dia gi toilet...... setakat sekali dua dia rajin la nak ke toilet....pas tu pandai pee pee jer....poo poo tak pandai....takut nak cangkung ada la.

Lagi satu yang buat mama nye risau, Hakim ni kalau makan nasi, dia cuma nak makan dengan lauk telur jer....pas tu letak kicap. Lauk-lauk lain, jangan harap la....vege jauh sekali.....sorok dalam nasi mcm mana sekali pun....dia buang balik...

Tapi, malam tadi....paksa gak dia makan lauk sup ayam....ok la....nasib baik dia boleh terima, tapi mesti nak letak kicap jugak!!.....alahaiii la Hakim.

Lasak???
Huhh.....tak payah cakap la, ni baru sorang kat rumah, kalo dah ramai-ramai nanti tak tau la macam mana......
Yang sorang ni pun mama dia dah macam tarzan. Jerit sana, jerit sini....

Lately nih, satu yang aku perasan kat Hakim ni
Kalau dia main dengan toys dia....dia suka jual2 barang....
Melelong bagai.....macam yang orang selalu dok buat kat pasar borong tu....
"lelong...lelong....mari beli...mari beli....murah jer...murah jer"
bila tanya berapa harga barang yang Hakim jual, dia jawab
"seminggit jer "(seringgit)...........semua barang-barang yang Hakim jual semuanya seminggit jer
hihihhh........bila nak untung kalo jual harga macam tu sayangggg!!

Ada sorang makcik tu cakap....kalau anak kita suka berjual beli macam tu,
kita layan dia main.....secara tak langsung kita ajar dia Math.....biar anak bijak Math.
InsyaAllah....mudah-mudahan Hakim menjadi seorang anak yang soleh dan pintar....dan berjaya dalam hidup...

Sometimes,
Kesian tengok Hakim main sorang-sorang
Conteng-conteng sorang-sorang
Kayuh basikal sorang-sorang
Main bola sorang-sorang
Kadang tu.....nyanyi sorang-sorang (ni lagi satu hobi hakim)
Bila tanya Hakim sendiri...."Hakim nak adik tak"......dengan tegas nyer dia jawab "TAK NAK"
uuuu mak aiii.....repeat question yang sama.....dia jawab yang sama gak
Cuba pujuk dia......bagi tau Hakim....nanti kalau ada adik boleh main sama-sama....
tak de la Hakim bosan main sorang-sorang
Mula la dia mengamuk....so mamanya dah tak tanya dah.....apakah petanda itu??? haihhh...

Hmmm.....
Anak bujang teruna ku sorang ni
walaupun penat layan kerenah dia.............tapi aku puas
puas menjadi seorang mama kepada Hakim
InsyaAllah........moga Allah murahkan rezeki aku dan suami
kami inginkan lagi cahaya mata........amin

30 January 2010

Apa YanG hAkiM Suke BuaT kaT rUMah****




Sekarang nie Hakim tgh mabuk ngan watak superhero nyer yg baru "ULTRAMAN". Semua benda pun mesti nak ultraman....buku ultraman, mainan ultraman, DVD ultraman...pendek kata semuanya ultraman laa.... habis dah kopak duit mama ngan abah nyer nak beli sume benda yg pasal ultraman ni. Pantang lalu kat mana-mana yang jual ultraman mesti mengamuk nakkk...

Bangun pagi jer, perkara pertama dia sebut "omen,omen" (ultraman)......hmmm, macam-macam ragam. Last year, suke ngan sponge bob. Hakim panggil sponge bob tu "bobob".....sampai sekarang bantal busuk dia bobob tu la, nasib baik belum jumpa lagi bantal peluk bentuk omen tu, kalau tak, confirm nak nyer.....

Pening ler kepala mama ngan abah kalau macam ni, tak boleh ajar mewah ni, tapi tu la kan, tak bagi sian pulak asyik dok nangis jer....apa-apa pun, selagi tak melampaui batas....it's ok, lg pun selama ni pun mama ngan abah menumpang rezeki hakim gak....setakat mainan yg tak seberapa ringgit tu apalah salah nyer....nanti hakim dah besar tau lah dia membezakannya....


written by
mamahakim21482