06 October 2011

Syukur

Saat kita terlalu gembira
pasti ada duka
namun,
Saat kita berduka lara
pasti ada khabar bahagia

Allah Maha Adil
puas sudah aku menangis
puas sudah aku meratapi
kini
datang khabar gembira buat ku

Ya Allah.....Kau mendengar doaku
Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
*
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah.......sabar itu indah!!




note: sampai masa nanti MH nak kongsi berita gembira tu dgn u olls semua ok   :-D

02 October 2011

Warkah Buat Sayangku...Hakim

Assalamualaikum,

Sayangku Hakim,

Pada detik dan saat ini, mama coretkan warkah ini buat kenangan untuk Hakim
pada masa hadapan kelak.
Warkah ini bukti kasih sayang mama kepada Hakim yang tidak pernah berbelah bagi.
Setiap hari, hanya Hakim dalam ingatan mama.

Sayangku Hakim,

Mama amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan Hakim kepada mama, anak sulung lelaki.
Mama tahu, suatu hari kelak Hakim akan menjadi pembimbing, pelindung dan tempat berteduh bagi mama
dan adik-adik yang lain andai nya Hakim dikurniakan adik beradik yang ramai.

Sayangku Hakim,

Keletahmu setiap hari membuatkan mama terhibur dikala hati dan perasaan mama disakiti.
Senang hati mama apabila melihat tawa riang Hakim.....Hakim memang tidak pernah akan
faham derita yang mama tanggung....
tidak mengapa....Hakim tak perlu lalui semua itu.
Hakim selalu menyapu air mata mama setiap kali mama menangis.....
Hakim selalu pujuk mama setiap kali mama merajuk
Hakim selalu puji masakan mama walaupun sekadar nasi putih dan telur goreng
Hakim selalu menadah tangan dan berdoa bersama mama setiap kali mama selesai solat

Sayangku Hakim,

Mama selalu berdoa
agar Hakim menjadi anak yang soleh dan selalu mendengar cakap mama dan hormat orang tua
yer memang Hakim nakal....memang hakim lasak.....tapi itulah Hakim
apalah yang Hakim tahu pada umur Hakim baru tiga tahun ini
fitrah kanak-kanak.....hanya kegembiraan yang mereka faham....

Sayangku Hakim,

Maafkan mama kalau mama selalu marahkan Hakim
demi untuk kebaikan Hakim juga.....mama marah sebab mama sayangkan Hakim
mama minta maaf sebab selalu kurung Hakim dalam bilik air sebagai denda atas kesalahan Hakim
itu saja jalan yang terbaik....daripada mama pukul Hakim teruk-teruk
mama lebih rela dengar Hakim menangis dalam dua tiga saat dalam bilik air tu

Sayangku Hakim,

Hakim anak yang baik
setiap kali Hakim merasakan Hakim dah melakukan kesilapan
Hakim akan terus minta maaf daripada mama
itulah satu perangai Hakim yang sangat terpuji

Sayangku Hakim,

Jadilah manusia yang berguna suatu hari nanti
jadilah khalifah Allah yang sentiasa taat pada agamaNya
jadilah seorang lelaki yang sentiasa bertanggungjawab
jadilah seorang anak yang soleh
jangan pernah cuba untuk menyakiti hati orang lain....percayalah amat perit bila hati dilukakan
jangan pernah cuba untuk mencari musuh....cubalah padamkan sifat dengki dan dendam

Sayangku Hakim,

seandainya ditakdirkan umur mama tak panjang
selalu lah berdoa untuk mama yer sayang
angkatlah jenazah mama hingga ke liang lahad
pasti mama akan tenang disana nanti

Sayangku Hakim

pesanan mama yang terakhir
selalulah mencari keredhaan Allah....dekatkan diri dengan Allah
kalau kita rasa sedih dan rasa diri dikhianati
sujudlah kepada Allah.....menangislah, mengadulah semahunya
kerana hanya Allah sahajalah yang menyayangi kita secara hakiki
nescaya kita akan temui ketenangan....

Sayangku Hakim

kaulah harapanku.....kaulah yang paling ku sayang....kaulah sedih dan gembiraku
Mama Sayang Hakim.




Lots of Love
Mama

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

29 September 2011

Apabila Kita Menangis

Dalam kita melangkah terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat hingga
kita terduduk menangis....peritnya terasa
tapi ketahuilah dan renungilah kembali
kedalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir
kerana Dia mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar dari keikhlasan
dan semoga kita tabah dan ditetapkan IMAN.....

Ku Impikan Keluarga S-M-R

Kuimpikan keluarga,
Bahagia, harmoni dan sejahtera,
Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria,
Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta.

Kuimpikan rumahtangga,
Bahagia dalam sederhana,
Harmoni dalam ibadah,
sejahtera dari keluh kesah.

Kuimpikan keluarga,
Walau kehidupan bertandang pancaroba,
Tangan bertaut, saling menyokong,
Salah dan silap, dinasihati dengan cinta,
Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya..

Kuimpikan rumahtangga,
Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah,
Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA,
Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kuimpikan…
keluarga SMR…

InsyaAllah.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI

note: puisi ini dipetik daripada blog: http://ummuhusna99.blogspot.com.
 terima kasih kpd pemilik blog kerana memberi keizinan utk berkongsi   :-D



24 September 2011

Ku Cari Damai Di Hati

Tatkala insan lain sedang bergembira
namun aku disini menangis meratapi nasib
mencari sekelumit sinar kebahagiaan

puas aku mencari salah diri ini
puas aku muhasabah mencari kekurangan diri
lalu ketemui jawaban
aku hanyalah manusia yang lemah

kadang cemburu dengan kebahagiaan
kenapa terlalu singkat hadir dalam hidupku
apakah aku tak layak untuk bahagia???
Tuhan telah merancang yang terbaik buatku
ku menanti rahmatNya

Sakitnya......pedihnya derita yang ku lalui ini
serasa untuk mengalah
namun aku pasti dapat mengharunginya
ku panjatkan doa agar diberi ketabahan dan kesabaran
dalam mengharungi onak yang berduri ini

kesunyian yang melanda diri
kerinduan yang menghimpit jiwa
mengajak aku untuk lebih mengenali
Penciptaku.......Dia lah Yang Maha Esa

Ku Cari Damai Di Hati
kepada Tuhanku tempat aku mengadu
kepada Tuhanku tempat aku menangis semahunya
kerana aku yakin dan percaya
Allah mengetahui segalanya.....gejolak di dalam hati ini

pasti ada kebahagiaan yang menantiku
kerana Allah telah mengambil sedikit kebahagiaan dariku
dan Allah berjanji akan memberi lebih kebahagiaan
buat mereka yang sabar
Sabar itu indah............................................

wahai hati, tenanglah
wahai jiwa, damailah
yakin Allah bersamaku.



note: sekadar coretan....... :-)

20 September 2011

Hidup tak selalu nya indah...

Ya Allah
aku merangkak mencari kekuatan diri
aku menangis
saat diri ini jatuh terduduk
bagaimana untuk aku bangun semula
hebatnya dugaan Mu ini Ya Allah

Ku panjatkan kesyukuran
kerana ku tahu Kau menyanyangiku
kerana itu lah
aku terpilih untuk menerima dugaan Mu
yang Maha hebat ini

Aku mengadu hanya kepadaMu Ya Allah
dengarlah rintihan hambaMu yang kerdil lagi hina ini
berilah aku ketenangan jiwa
aku bertawakkal kepadaMu Ya Allah
Bismillahitakwakkaltu'alallah lahaulawalakuwwataillahbillahil'azim
Amin Ya Rabbal'alamin

15 September 2011

Hakim ugut Mama....oohh Parah ni!!

kejadian berlaku malam semalam:

Mama: Hakim knp suker sepah-sepah kan rumah ni? mama penat tau buat keje yg sama jer
Hakim: (mcm tak de perasaan jer, leka layan PSP dia)
Mama: Hakim dengar tak mama ckp ni??
Hakim: hakim dengar la mama, hakim sibuk ni
Mama: sibuk apa nye?...sibuk main game...kang nanti mama buang jugak game tu
Hakim: nanti hakim conteng coach mama....hahaha (gelak jahat, sambil berlari ambik hbag ku)
Mama: Hakimmmmmmmmmmmmm.....jangannnnnnnnnn

tapi nasib baik sempat diselamatkan.
tak de kejadian yang tak diingini berlaku.
cuma yg pelik nyer...nape hakim nak attack coach mama jer???
knp tak hbag-hbag yg lain....???

alahaiii....anak-anak zaman sekarang
:-(



note: sekadar drama antara ibu dan anak

13 September 2011

Nak bag cap G plak...adehh

salam u olls,
petang-petang mcm ni MH wat entry berangan eh
hehehhhh   ;-D

as a woman, tipu la kalo tak minat henbag kan..kan..kan
paling-paling ciput pun mst ada at least 3 henbag kan..kan..kan
tu paling ciput ler.....yg jenis meroyan henbag
tak payah cakap arr.....sebut jer from what designer
musti ada dlm collection

mcm MH lak...dlm golongan intermediate
tak lah gila sngt....still blh berfikir dgn waras
tp kadang tu blh datang gak kegilaan membeli henbag
nak lg kalo time sales kan..kan..

tetiba MH teringin plak rasanya nak satu henbag
from cap "G" plak....(Gucci)....hehehhh



nengok tu dua yang kat atas tu
ohh...sunggguuhhhh gojes kan..kan..
kalo la dpt dlm pelukan salah satu tu....indah nye dunia....
MH dah sebey kat tenet....rege dlm 2k+++ okeh...
from now on...dah kena start menabung  :-D

MH ni...kalo beli desingner henbeg
from online jer...murah ckit..compare beli kat butik
huhu...mudah-mudahan cik "G" akan ada dlm genggaman
MH untuk raya tahun depan....sempat menabung u olls.

beshh nyer berangan....
nambah koleksi lagi ler gamak nyer...




note: leh kawan-kawan ngan cik LV, cik Coach, cik Guess, cik CarloRino ngan cik Sembonia MH     =D

12 September 2011

Rindu

Saya rindukan dia
tapi saya tak pasti
adakah dia juga merindui saya???

saya sayangkan dia
tapi saya tak pasti 
adakah dia juga sayangkan saya???


saya terlalu cintakan dia
tapi saya tak pasti adakah
dia juga mencintai saya???

saya ingin selalu bersama dia
tapi saya tak pasti
adakah dia juga ingin bersama saya???

kalaulah dia membaca coretan ini.....
alangkah bahagianya

kalaulah dia mengerti coretan ini....
alangkah indah nya dunia

kalaulah dia sayangkan saya
sepertimana saya sayangkan dia
pastinya bahagia hidup saya......
:-(


06 September 2011

PlayStation Portable (PSP)

(pic taken from google)

Memandangkan anak bujang MH ni sangat ler suka kan gajet
and selalu sngt berebut android MH nak maen angry bird dia
so MH decide nk belikan dia PSP nih...

Pada pendapat u olls
ok ker kalo bagi kat my 3 years old son tu??
tak ke advance sangat??
nanti tak mencabar fizikal dia kan??
asyik berkepit ngan PSP ni jer nnt.....tak kuar peluh lak nanti

tapi MH tak tahan asyik dok berebut fone ngan dia
haihhh....
or maybe MH kena set kan rules for my son kan??
dah sekolah nanti, weekend jer baru leh maen PSP
hurmmmm....
wat say u guys???

Best nyer lagu ni

Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja



note: namo sedey-sedey eh...still in Syawal month....sob..sob.. MH tak de citer raya yer...gambar raya pon tak de...Raya tahun ni tak best....MH bizi like a bee kat dapur... huhu   =(

23 August 2011

Maap ler...tak sempat raya kalau cenggini =p

Salam Ramadhan,
you olls sibuk ker??.....time-time mcm ni baru MH muncul
menghitung masa nak blk jer
so, upadate blog ler apa lg kan??

Ptg nih MH buka pose sorang-sorang
en asben kat sana....huhu

eh..eh..ni MH nak kongsi ngan you olls
ritu MH ada baca kat blog Redmummy.com psl tart yg best
MH ni pantang ler nmpk iklan-iklan nih
terus ler terjah ke blog yg jual tart yg sedap tu

seriously you olls
memanggggg sedapppppp......
MH order tart nenas ngan tart blueberry
MH suker yg blueberry, en asben suker yg nenas (mmg peberet dia pon)
MH order 100 biji each....muahahahaaa

Ni asal lepas buka jer, lepas solat
apa lagi grab satu balang yg blueberry tu, yg en asben lak amik tart nenas dia
kitaorang dok tarammmm
mcm ni gamak nyer.....mmg tak sempat nak buat raya!!
hahahahhhh....sedappp sehhh.

tak sia-sia order tau....berbaloi-baloi
sib baik tart ni dijual all the time tak de musim
tp utk setakat raya nih....puan blog tu terpaksa closed order lah
sbb sambutan hangat....
tak per...pas-pas nih MH pasti jadi regular customer..hehe  =)

eh..eh...if you olls nak jenguk-jenguk blog tu, singgah sini yer
http://mylovelytart.blogspot.com
ni MH wat promote ni tak dapat apa pun
cuma MH nak share jer....sbb tart sangatttt shedappp

okeh...enjoice ya...bye

22 August 2011

Cat baru untuk raya =D

Assalamualaikum kengkawan sumer
Ya Allah, lamanya tak singgah sini kan....
Idea tak de nak menulis...tambah lg dgn kebizian keje-keje opis
Malam-malam kat umah, jgn harap ler blh update blog....tenet slow
huhuh....

B4 that....tgk tu....umah MH dah cat baru kan??
kaler merah you....MH mmg suker merah
tapi MH tak tiru Redmummy.com eh....merah MH leh tahan lg la
mentang-mentang nak raya....umah ni pun kena cat baru??  kekdahnyer???

Diam tak diam Ramadhan semakin meninggalkan kita
Syawal bakal menjelma
Jauh di sudut hati MH sedih nak meninggalkan Ramadhan
kalau boleh....biarla ada Ramadhan jer tak payah Syawal pun tak per

Ohhh..radio kuarkan lagu raya lak, lagi la sayu hati nih
MH tak rasa mcm nak raya
sbb suasana raya dah tak macam dulu
dengar lagu-lagu raya nih buatkan MH teringat kenangan-kenangan raya
bersama nenek dan tok ayah masa kecil-kecil dulu
Sekarang ni kalau balik Kelantan pun macam dah tak best
ada sedare-mare jer.....Hari Raya tak kan seronok tanpa nenek dan tok ayah    =(

MH tak mo citer lebih-lebih
semakin teringat dibuatnyer....sedih nyer  =(
apa pun, buat kawan-kawan sumer...
Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal tiba
moga lebaran kali ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kesederhanaan.

InsyaAllah....kalau ada kelapangan MH singgah sini lagi b4 raya.

till then, bye....salam Ramadhan   =)

20 April 2011

Weekend Yg Penuh Dot...Dot...Dot...

Salam to all Dear Readers,
cehhh....macam ramai jer yg baca blog MH nih
perasan jer lebih....huk huk huk

Well, MH's birthday is just around the corner
si Maxis tu dah bagi bday present
bagi simcard 3G yg baru
wat the F***.......mmg ler mcm mulia jer niat tu
for celebrate loyal customer la kononnnn
memula bagi 3months free....peh tu...peh tu....
hampehhhh!!! (apa yg MH merapu nih)

Huhh...bior ler si Maxis tu terjun ngan labu-labunyer
(eh..eh..eh...)
meh sini MH bagi kat uolls tengok gambar-gambar aktiviti weekend MH yg lepas
penuh ngan Dot....Dot...Dot... you.... hahahahhhh

(apam dot-dot in the making)
(dah siap touch-up...b4 kukus)  

(dah siap.....)

MH wat apam polkadot sebenarnya
senang jer nak wat apam nih.....kukus lak tu
suka nengok kaler-kaler nyer tu
and one more thing.....apam nih mmg bessttttt!!

Sementara dok menunggu apam nih masak
MH pun gi lah jenguk-jenguk kebun MH
(ehh....kebun ker??  haha)

Alhamdulillah....MH ni blh diketogorikan "tangan sejuk" la
sbb nyer.....ada beberapa pokok yg MH tanam
hidup subur menghijau....(huhu)

(ni la pokok serai yg menjadi bahan ejekkan tu....sbb nyer...serai tu gemuk2)

(kunyit-yg mula bertunas....sukerrr.....anak pokok amik dari umah MIL)

(daun pandan, limau kasturi, lidah buaya ngan seciput pokok kaktus)

(pokok cili api-juga mula bertunas....best...pas ni leh wat sambal belacan - anak pokok juga diambil dari umah MIL)





MH suka bercucuk tanam...(ecehh..mcm petani la plak)
masak-masak pun MH sukerr...
Alhamdulillah.....terapi baru dikala kesunyian and tension....
dah buang tabiat lama....asal tension jer...terapi nyer...Shopping
dgn terapi baru nih....jimat duit....and also blh buat duit pun...
heheheeeee.....

uolls.....suker wat pe??
nnt share la kat blog uolls yer
have a nice day  (^_^)

14 April 2011

Hasil Tangkapan + Tambah Koleksi

Salam hari Khamis frens,
weeehuuu....ada mood skit hari ni nak update blog
tapi masih lagi nak hidangkan
pic-pic yg dah bape lama dok peram nih...
jom nengok-nengok...... ^_^


Okey, dua-dua pic kat atas ni la
hasil tangkapan dari Langkawi.......
bukan MH yg pegi Langkawi tapi parents ngan adik2 MH yg pegi
tenkiu sooo much kat they all's sbb bwa balik souvineur utk MH
MH dapat 2helai kain batik (mummy MH belikan), abah MH belikan cekelat yg banyak-banyak tu
and adik2 MH belikan keychain ngan fridge magnet (dorang dah tau peberet kakak dorang nih)
Hakim pulak dapat 2helai t-shirt (tp dlm gmbr tu ada satu jer....satu lagi dah siap2 pakai...sabo je lah)
best nyer kalau leh gi Langkawi kan......shopping sampai lebam wooo.....

pic yg ni plak......
keychain's yg MH dapat....org bagi
wahhh seronotttt nyer.....tambah koleksi gitu.....
suker sangatttt.......tenkiu guys yg mana tau minat MH nih
(lagi satu nak bg tau....MH pun minat kumpul fridge magnet gak tau...hikhik....paham2 la yer)
nampak tak keychain fish ngan butterfly tu
haaa...yg dua tu MH paling sayang.....kenapa?
sbb hasil kaler drp anak bujang teruna MH....Hakim


MH belikan set keychain yg kosong + ngan waterkaler non-toxic bagi Hakim kaler kan
hihihhhh....seronot sangat time kaler-kaler tu.....
yang lain-lain tu ada dari Langkawi....yg adik2 bagi
ada yg dari Sabah....kawan ofis asben yg bagi....asben bagi kat MH
ada yg dari Penang....adik MH gak yg bagi....masa dia gi honeymoon hr tu
and last 3 tu....dari Pangkor....yg bentuk Love ada nama "alin" tu MH guna wat letak sekali ngan kunci keta
MH suka sangattt....sbb yg tu best buddy MH yg bagi....Nazia...masa dia gi honeymoon last week

tenkiu you oll's sbb support minat MH,
terharu sangat.......
yg best part....abah MH laaa.....dia tau anak dia ni chocolateholic
tu yg dibantai nye beli cekelat stok utk 2thn punyer....caya lah abah.... ^_^  senyum sampai telinga nih

terima kasih daun keladi yer utk semua,
kalau sudi bagilah lagi.....heh..heh..heh..

12 April 2011

Hallu....Halluuuuuuuu

Hi...Hi....Hi kengkawan sumer,
rasa cam lama tak jumpa kan
last week MH sakit mata, demam ngan batuk
so, dapat mc.....tu yg sunyi jer blog MH ni

Mggu nih, hari ni baru idea mari nak update blog
huhu.....penyakit malas ni menjadi-jadi la
datang ofis pun.....satu keje pun tak sentuh
wat yg urgent jer....yg lain bertangguh
haiiihhhhhhhh.....(haaa...kan dah mengeluh pjg tu)

Banyak story,
tapi mcm biasa la MH ni kan,
malas nak citer-citer nih
layankan pic-pic dulu blh kan???
huhu..... =P


Haaa....nih, Macaron namanya....
ni MH order ngan Rina dari Angel Cupid Kitchen
ni kali kedua MH order ngan Rina
MH peminat tegar Macaron,
dats y MH nak join kelas Macaron yg Rina ajar
kengkawan yg nak order ke, nak join kelas ke
boleh jenguk kat link nih yer http://www.angelcupidkitchen.com

Yang ni pulak,
Moist Choc Cake yg MH buat khas sempena birthday
anak teruna MH yg ke 3 pada 26/3/2011 yang lepas
tahun ni MH wat kek sndr....sajer nak asah skill
nasib baik anak teruna dgn abah nyer suka kek nih
huhu....hiasan kek dari yg amatur jer nih.....  =)


Lastly....bread butter pudding
ni kes nak menghabiskan saki-baki roti
yang hampir expired.....
MH sengaja tak koyak-koyak kan roti tu
sajer nak buat kelainan.....MH buat yg kukus punyer
mummy dgn adik-adik MH mmg suka....
nasib baik dapat buat 2 adunan hari tu..... hihihhh

enjoyyyyy ur day ya!!!!................(^_^)

25 March 2011

Sedih Ini Hadir Semula

Kadang tu Aku sampai dah penat sangat menangis,
Aku sedih bila apa yg aku buat,
apa yg aku korbankan,
sikit pun tak dihargai

Kenapa???
tak layak kah aku dihargai.....???
tak pernah terlintas ataupun terdetik dihati ini
untuk meminta simpati atau balasan

Semua aku lakukan seikhlas hati aku
bukan intan berlian yang aku minta sebagai ganti
cukuplah sekadar kau berkata "Terima Kasih"

Bila aku kenangkan semula.....
seumur hidup aku
sentiasa penuh dengan cerita duka lara
bahagia yg hadir cuma lah sesaat
pernah juga tertanya......
kenapa berat sungguh dugaan Allah kepada aku???
dan pastinya ada rahmat yang besar sedang menanti aku

Tak perlu aku mengeluh kesah begini lagi
biar la....biar la....biar la.....
tidak selamanya kau akan senang
tidak selamanya kau perlu menindas aku
tidak selamanya aku boleh diambil kesempatan
tidak selamanya aku boleh bersabar dan berlembut
Allah Maha Adil......itu yang aku pegang
sampai masa....kau akan terima balasan

17 March 2011

Tafsir Mimpi

Salam Frens,
sajer jer nak tnya.
Lately ni MH ada jer mimpi MH peknen.

Ada satu malam tu
MH mimpi dapat anak kembar

Ada satu malam pulak
MH mimpi ada sorang perempuan tua
pegang perut MH
Masa tu MH tengah peknen la
perempuan tua tu ckp nak betulkan peranakan

And malam tadi
MH mimpi lagi
MH peknen gak.....
hmmmm....alahaiii nape eh??

MH tak de pun pikir sangat pasal peknen ni
tunggu dan lihat je lah
kalau ada rezeki, tak kemana kan?

Cuma nyer, bila dah kerap mimpi peknen nih
jadi tanda tanya gak lah kan....
ye lah b4 this tak de pulak

Well, mimpi kan mainan tidur.
Kalau yang baik.....Aminnnnnn
Kalau tak baik....Nauzubillah.....minta la dijauhkan.

Ada projek sikit nih

Salam to all frens,
MH nak wat survey sikit nih
MH mula nak berjinak-jinak dgn biznez online
So, product yg MH nak jual are more to food lah.

Antara menu yg MH dah terpikir are:
1) Moist Choc Cake / Cupcake
2) Cheese Cake
3) Triffle

Tiga tu dulu for the beginning.
What u olls say?

And coming soon punyer product are:
1)Macaron
2) Red Velvet Cake / Cupcake
(yang dua nih coming soon sebab MH will attend class nye dulu)

Kalau tak de apa2 aral melintang
This Saturday, MH nak wat tiga menu yang utama tu dulu
untuk sesi fotografi.
Tapi gambar-gambar nyer nanti tidak lah secantik mana yer.
Ye lah MH tak de DSLR pun......just a common Dig Camera jer  =)
Pictures tu sume untuk membuktikan
Bahawa product dari hasil air tangan MH sendiri.

Jadi, di kesempatan ini
nak tanya pendapat kawan-kawan semua lah.
Okey ke MH wat biz nih.
Okey ke dengan menu-menu nyer tu?
Kalau ada yang sudi, boleh respond lah yer.

Tenkiu. wish me luck    ^_^

16 March 2011

Rugi Cuti + Keluh Kesah + Kadang Tu Nyampah Pulak

Salam to alls.
Haa....hamik ko, tajuk entry MH
pening tak???
Motip: jiwa kacau tak sudah-sudah
moh MH story mory one by one

Rugi Cuti
Semalam MH cuti (EL)
ada urusan family .....
huhu....sekejapan jer nak settle nyer
tapi....
kalo tau amik half day pun tak per
abih nak wat cam ne kan......
memula bunyik cam serius....
hmmmm....rugi cuti MH satu hari   =(

Keluh Kesah
tak tau nape la
selera makan nih membuak-buak
nak makan tak kira masa
pagi petang siang malam
diet dah campak ke laut
tambah lagi dgn keluh kesah dihati
bertambah-tambah la selera makan nih
biasanya kalo nak piyed
MH jadik makan banyak.....
tp ntahlah....kali nih makin menjadi-jadi selera makan
nape eh???......adehhhh.....  =(

Kadang Tu Nyampah Pulak
nengok-nengok kat FB tu
kadang tu nyampah pulak.....
abih nak wat cam ner kan
dorang punyer suka la....
bukan kita boleh tahan-tahan kan....
tapi MH nyampah tahap gaban la kan  =(


Well,
tu dia....3 story mory dalam satu entry
suka ati MH jer kan...
waaaa.....suka ati la...ini wa nyer blog
wa boleh ngomong apa2 jer
peace ya'll



14 March 2011

Tempahan Pertama

Salam to all dearie frens,
happy monday!!
weekend ritu uolls wat pe yer?

As for MH,
weekend yg sangat bz and tiring eh
parents and siblings MH
datang kumpul kat umah MH
sbb umah parents MH tgh renovation

Semalam MH masak
Kari ikan, sardin masak asam pedas
ayam goreng berempah, ikan goreng
dan pencuci mulut pula, serawa durian

Tapi, sume-sume tu 
MH tak sempat nak snap pics pun
abih yg ada kat umah tu 
tak nyempat-nyempat nak ngappp..... =)

Tapi ada satu ni sempat MH snap pic
signature MH.....(among adik-badik MH je la....hiii)
dorang suker makan Triffle nih
ni yg adik ngan mummy MH tempah
nak wat makan-makan jer
first time terima order....(cewahhh)

Tapi kalo uolls perasan
Triffle MH ni pelik sikit
sbb nyer based MH tak letak swiss roll
adik ngan mummy MH request cenggitu
ikut tekak customer la....ye dok?

By the way....
MH lom ready pun nak terima tempahan dari sape-sape
setakat family yang nak makan ok la

Till now, enjoy ur day peeps!!

10 March 2011

Set Lunch yg penuh berkhasiat.....dan entry masak2 yg lepas

Hi uolls,
sangat la rajin hari ni yer
entry yg ke-3 utk hari ini

Sila jamu mata,
tgk la set lunch MH yg penuh berkhasiat ini
(^_^)

satu gelas air jambu batu special
rm3 buah jambu batu
2bar coklat milo
50sen gula-gula hudson
50sen gula-gula hacks

hahahahaaaaa....
best kan..... =)
gula-gula tu untuk bekal meeting petang ni
takut ngantuk
jangan ditanya kenapa set lunch MH cenggitu
bila jiwa kacau....inilah natijah nyer.... =) suker lagi
T
T
T
T
T
T
T
T
T
T
T
nak share jugak.....
dari dapur MH hr ahad lepas
MH masak simple-simple jer
sbb hari ahad lepas sibuk nak gi jenjalan
masak pun based on telur jer

telur sambal hancur



telur mata ngan kicap utk si Hero tu

Hari ni saya rasa...

Hari ni , saya rasa:
 
aman-damai
baik hati
tenang
rajin
happy

Kalau Kita Gemuk....Kita Jadi Bahan Ketawa

MH guna "Aku" dalam entry kali ni.


Aku tau aku seorang yang gemuk
tapi aku masih ada hati dan perasaan
aku sangat sensitif dengan sindiran-sindiran orang sekeliling

Aku tau aku gemuk
namun tidak selayaknya untuk menghina aku
aduhhh....pedih

Apa salah orang gemukkk???
belum tentu orang yang kurus cantik itu
baik budi pekertinya

cerita 1:
aku ada tanam serai di laman rumah
setelah hidup subur
aku mula untuk menuai serai itu
Alhamdulillah....hidup subur....serai-serai itu gemuk-gemuk
dan mula la menjadi bahan ketawa
^
^
^
^
"dah si penanam nyer pun gemuk"
"serai pun ikut tuan la.....hahaha"
^
^
^
^
apa lagi yang nak ku katakan
hanya mampu senyum kelat

02 March 2011

Sape yg ikut MH ni???

Heeeeeee,
tajuk entry tak boleh blah yer

MH nak share skit,
dah ada 50 follower.....
kalo umur org...dah setengah abad dah tu
tenkiu to all followers yg dah follow MH tu

Yang lagi best nyer,
follower MH yg ke 50 tu
adalah sepupu MH sndri
 

Haaaa....tu dia empunya diri
nama nyer cik Fatihah
ore qlate nih....
Tq tihah sbb baca blog Kak Ya nih...
hikhikhikkk.... *wink*wink*wink


note: sedare mare sume pggl MH : Kak Ya.......utk Fatihah rajin-rajin tulis blog tu gak yer (^_^)

Tetiba kannn....

Salam,
aikk....tak done bape minit
MH dah up entry lagik???

Bukan aper,
tetiba kan...kan...
MH nak makan dua benda alah ni la

ALMOND BISCOTTI


MACARONS

Nak cakap tu jer,
ada sape-sape yang baik hati
nak delivered kat MH tak???
huhu....ngidam ngalahkan ibu ngandung ni.
^_^...mmmm dap nyerrr


note: pic kredit to google

Tak de Tajuk eh!!

Salam all dear frens,
alahaii.....dah lama tak jenguk sini
MH tadet idea arr nak goreng-goreng sini
tu yang diam jer tu

agak kemalasan nak mencari sumber berita
malas gak nak capture gambar-gambar
aihhh....tak tau laa nape malas sangat nih

tadi MH bw
ada gak a few bloggers pun cam MH gak
kemalasan melanda
masing-masing tak tau nak citer ape
kat blog dorang

aihhh....dah mcm penyakit berjangkit plak ni
haisshhh....mengeluh tak sudah-sudah nih
keje-keje satu pun tak jalan nih

wahai RAJIN sila la datang kat MH nih
tak suka la si MALAS nih
kalo dah datang tu tak reti nak balik si MALAS ni
yang si RAJIN plak jarang-jarang jer datang nyer

ater....MH nak marah kat sape tu???
sndr tanya sndr jawab la eh....... =(

24 February 2011

MH di Tag oleh Cik Ween (^_^)

Memula,
nak say thank you to Cik Ween
sebab dah meng "Tag" MH

okeh, jom layan
tag yang MH kena jawab nih....
On ur mark,
get set.....go!!

Rules:

It’s harder than it looks!
Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
They have to be real. . .nothing made up!
If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.
Have Fun!!

1. What is your name:
-Wan Arlindiana Ruzaini.....(tak yah letak nama ayah eh....nnt lg pjg)

2. A four Letter Word:
-WANG....(hahahhh$$$)

3. A boy’s Name:
-Wazif

4. A girl’s Name:
-Widya

5. An occupation:
- Warden

6. A color:
- White

7. Something you wear:
- Watch

8. A food:
- Waffle

9. Something found in the bathroom:
- Wax (kaki)....

10. A place:
- Wellington (NZ)

11. A reason for being late:
- Waiting in traffic

12. Something you shout:
- Wow!!

13. A movie title:
- Wild Hogs

14. Something you drink:
- White Coffee

15. A musical group:
- Wings

16. An animal:
-Whale

Fuhh....Done!!
dan murid-murid MH yg jadik mangsa adalah....
hahahhh....jeng-jeng...





*
*
*
*
dan blogger-blogger yang lain....yang rajin nak wat tag ni amat dialu-alukan.
just for fun....

see ya!!

21 February 2011

Saya Frust laaa



Salam uolls,
Lama tak jumpa kan. MH ada jer.
Cuma kemalasan melanda.

A few weeks nih,
MH rasa malas jer....
tak kira la...kat umah ker...kat ofis ker
tu yang makan kat luar jer manjang
nasib baik encik suami ok....

Actually kan...
dah lama MH frust nih
nak tau nape MH frust???

sebab nyer kan....kan...
nama-nama baby yg MH idam-idamkan
dah diambil orang.....

tu la....lmbt bebenor nak ada baby lagik
nama yang MH berkenan dah dirembat orang
walaupun tak sejibik sejibon seperti nama yang MH nak
tp still ada sipi-sipi nama yang sama

Meh MH citer nama apa yang MH dok kenan sngt nih

First,
MH dok berangan if dpt baby girl
MH nak letak nama "Nur Sufiyyah Batrisya"
tapi abang sulung MH dah letak nama lebih kurang sama kat anak dia
nama anak dia " Batrisya Sofia"
ye lah...walaupun tak sama.....tapi sipi-sipi kan
MH tak suka kalau nama yang seakan-akan sama nih
apo nak buek....dah anak dio yang kuar dolu....
=(  huhu.....melepas laa....

Second,
MH dok berangan lagi
if dapat baby boy pulak
MH nak letak nama "Ammar Yusuff Hakim"
tapi kan....tapi kan....
baru jer semalam adik ipar MH dapat baby boy
dia letak nama "Muhammad Ammar Haziq"
=(  huhu....frust lagik.....nama Ammar tu yang sama
kalau MH letak gak....kang nanti dia cakap MH tiru dia lak

Padahal dah lama MH simpan nama-nama nih
dalam Henpon MH....
sedey nyer......
bila la nak ada baby lagi nih......

Sekarang....
MH dok hunting cari nama-nama lain la pulak
keciwa sangatttt.....
tapi nak buat cam ner kan....
anak-anak dorang yg kuar dulu...


T_T.......

09 February 2011

Entry ISTIMEWA UNTUK SI DIA....

Selamat Ulang Tahun Sayang 

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
untuk si Dia.................
pada hari ini...........
tanggal 9 Februari..............


 note: MH tak blh nak tulis panjang-panjang.....sebak.... T_T

01 February 2011

Potty Training For Hakim

beberapa minggu sudah
MH ada baca entry kat Blog Mummy KD
yang anak Mummy KD dah free diapers....

so, MH pun tingin lah nak tengok si Hero ni
free diapers jugak
umo nyer dah masuk 3tahun diz year
kalau tak de pape
InsyaAllah next year nak htr tadika...
tu pasal la kena ajar si Hero ni

so, last weekend, hari sabtu
bermula lah potty training
huhu.....
diumumkan....utk first day nih
mission adalah FAILED!!!

betul kata Mummy KD
utk latih anak ke tandas
memerlukan kesabaran yang tinggi

satu hari tak pakaikan Hakim diapers
habis merata pee nyer....hadoiiiii
nasib baik dah poo pagi-pagi bangun tido

next day hari ahad tu
tak wat potty training sbb balik kampung

MH akan cuba lagi......
sampai la Hakim free diapers jugakkk.....
baru sekali wat potty training
mesti failed kan?? ye tak??
=)

all mama's kat luar tu
mcm mana mama-mama sume ajar anak ke tandas yer??
jom share.....
TQ..... (^_^)

Mana Hilang???

Hai...Hai...Hai....
All dear bloggers....
dowhhh....lama gak MH tak update blog

well, actually
last week....khamis ngan Jumaat
MH kursus 2hari tuh...

sabtu, ahad lak...mmg ler MH tak prnh update blog
(haihhh...biler la lappy ku nak kuar wokshop nih)

then semalam (isnin)....MH mc
hehehhhh.....
ada sape-sape winduuu MH????
(cetttt!! gediksss nyer)

hmmm....ada story tp takde gmbr
nanti-nanti la MH citer yer...
dah lama tak masuk opis nih
agak bizi sket ler....

Di Kesempatan ni....MH nak ucapkan:
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA FOLLOWER BARU
BLOG MAMAHAKIM NIH
TERIMA KASIH DAUN KELADI KERANA SUDI MENJENGUK DAN
MENG "UP" KAN TRAFFIC BLOG MAMAHAKIM NIH
SELAMAT BERKENALAN KEPADA SEMUA FOLLOWER BARU
=)........ (^_^).......

25 January 2011

Jom Detox pulak

see....see...see....
MH menepati janji, tidak membuang masa
semalam merancang
hari ni, after jumpa encik CIMB tu
(almaklum la rini kan gaji.....ekekekkeee)
zaassss, terus ke kedai
dan beli ni
*
*
*

nyampah betul time nak beli PF ni
dorang dok promote brand-brand lain
ada yg mahal, ada yg murah

tapi MH tabahkan hati
tetap beli PF ni gak
sbb before this dah pernah minum
tak nak yang lain
belum tentu yang lain tu sesuai ngan MH ye dak??

yg shaker nyer tu
MH wat muka tak malu
minta free jer....kehkehkehhh
ala bape sen jer tu....tak bagi free mmg tak patut
@
@
@
@
@
@
so, malam ni MH akan start ngan program detox ni
tengok la mcm mana nanti.....
semangat nak kurus nih..... (^_^)


Kesayangan Ku

jarang-jarang MH nak bercerita pasal 2orang lelaki ni
2orang lelaki ni la yang selalu gaduh dgn MH
2orang lelaki ni la yang selalu makan masakan MH
2orang lelaki ni la yang selalu menyakat MH
2orang lelaki ni la yang selalu bagi MH gelak
pendek kata.....semuanya kerana 2orang lelaki ni
cer tgk sape 2orang lelaki ni
*
*
*
*
*
tu dia.....en.suami dengan hero nyer.....
ni la lelaki-lelaki yang ada dalam hidup MH
yang MH sayang.....
turun naik....pasang surut dalam keluarga kecil MH
tetap ada 2orang lelaki ni

en.suami dan anak mama
tahukah kalian.....bahawa
wanita ini begitu menyayangi kalian.....
syukur pada Allah kerana telah memberi
2orang lelaki ini dalam hidup MH
*
*
*
*
*
*
*
*
maaf entry syahduuu hari ini.......heeee.....=)
*
*
*
*
*
*
*
lagi gambar si hero kami.........sayanggggg dia...=)





24 January 2011

Kopi Mak Dara laa Pulak

hallu...hallu...hallu
all dear bloggers....
uolls wat per hari nih???
sebok ke.....or black monday??

MH cam biasa-biasa jer...
rajin pun tak...malas pun tak..
ok...jom ker citer hari nih

ni haa....Mak Dara tak sudah-sudah
beberapa bulan terakhir tahun lepas
MH dok giler-giler start diet

then now....MH cam dah malas
sbb per....mcm tak kesan pun
segala macam herba-herba yg MH telan
tak effective pun....

pastu MH dah tak amik segala macam herba dah
MH dah STOP
MH cuma sauna jer skrg.....
sauna ni ok....kira cam exercise la....
seminggu sauna...everyday....lost 2kg

lepas tu....nak dijadikan citer
last week, kemas2 drawer MH kat ofis ni
jumpa la kopi mak dara ni
ada lagi saki baki yg MH beli beberapa bulan lepas
so, MH start la minum balik

Kopi Mak Dara ni best....
mmg bagi tenaga...
MH minum pagi-pagi b4 or after breakfast 
tak de ngantuk-ngantuk kat ofis ni
lagi satu.....bagi lawas...
senang jer nak ke ladies pepagi

so...pas pas ni
konsisten minum KMD je la....
satu paket jer sehari.....
moh minummmm........

lagi satu hal....
baru MH tingat....dulu MH pernah minum PhytoFiber
PF ni adalah program detox
then baru MH pasan......napew segala macam herba tak jalan
MH kena detox dulu....agak nyer...kat usus nih
dah segala macam dah tersumbat...
sbb tu la ubat2 herba tu tak bagi kesan positif

then MH decide nak wat semula program detox ni
MH nak amik semula PF nih
rasa nyer....Ya Allah.....tak sedapppp uolls....
tapi nak kurus kan....telan jer la
PF ni mmg effective bagi MH la
tgk la mcm mana nanti yer....
ni la roper PH tu
   
(pic kredit to google)


adehhh.....beauty is pain uollsss...
tapi MH kena capai target b4 raya nih
dah tak tahan sakit tumit bangun pepagi....
so, ada sesaper nak join MH???
moh ler kita kuwuskan badan.....hahahahhhhh (tu dia...gelak besar)