26 July 2010

Aku Sebagai KAKAK part I

Dear Beloved Blog,
Since mggu lepas, sangat sibuk kat ofis ni, so mggu ni me nak relaks skit.....that's why sempat nak update cite.

Seronok ada blog ni,tempat meluahkan rasa hati~~~(kengkawan, korang mst heran kan? cerita aku penuh duka~~~jarang cerita bahagia kan?)

Aku anak kedua dari 8org adik beradik....yg sulung Abang~~~tp aku dah mainkan peranan dah mcm yg sulung pulak....knp??? sbb abang aku dah kawin dan ada anak sorang??? so, apa hal plak kan???......mgkn kengkawan akan faham dgn sndr nya.

Orang kata anak kedua ni lain skit perangai nye....kalau dapat yg baik, baik sangatttt....kalau dapat yg degil, degil sanggatttt.....betul tak???.....itu mmg aku akui
me adalah dr ketegori yg degil tu la....dr kecik lg my mom selalu merungut kat nenek,makcik2,pakcik2 yg aku la yg paling degil antara adik beradik aku yg lain.
Sbg solution atas kedegilan ku yg amat sangat tu my parents mmg tak amik tau lgsg apa yg jadi kat aku....bermula sejak persekolahan dari sekolah rendah,sampai la ke alam pekerjaan

Ntah la,aku ni pun jenis yg main redah je kan.....tapi alhamdulillah,aku survive untill today even tak pernah dipeduli oleh parents.....apa nak rasa ek? sedih? bangga? seronok?
Tapi bila dikenang balik, baru aku perasan, Allah telah kurniakan kpd aku semangat yg sentiasa positif, wlupun parents aku tak pernah buat baik pada aku, tapi aku tak pernah nak benci mereka, dalam fikiran aku.....ni semua dugaan dari Allah.

Jauh perjalanan hidupku yg dah ditempuh berseorangan atas berkat kedegilan ku.....dipendekkan cerita (nak cite pjg2 blh wat novel nih)
aku antara yg berjaya dalam adik-beradik ku........bermula dari situ, aku la tempat adik2 dan parents bergantung harap.....mungkin berkat nama ku itu sendiri RUZAINI yg bermaksud "tempat ku berlindung,berteduh"

Dulu aku la si bunga tahi ayam....tp skrg......(kengkawan blh wat rumusan sndr)
tapi susah juga, kalau aku sorang je yg perlu menjadi akar tunjang untuk akar2 serabut yg lain.
Aku ingatkan adikku yg dah kawin tu,blh la meringankan bebanku sikit,dgn sama2 tlg family pulak, ni tak, dia pun sama2 nak menumpang kat aku.....bila susah si KAKAK ni la yg dicari...
yang si KAKAK ni pula ada satu jenis penyakit....hard to say "NO" wlupun diri sndr tak cukup makan

Adik-adik lelaki yg lain tak usah ckp, they all dah bekerja, tapi kesian jugak kat adik2 ku tu, kerja pun takat cukup menampung diri sndr, tgh bulan, mencari si KAKAK lg menagih simpati dan belas kasihan.....dan sekali lagi, si KAKAK tidak akan berkata "NO"....hulur jer yg mana ada.

Dan akibatnya purse si KAKAK tak pernah tebal.....si KAKAK pula meminta belas dari suami, itupun setelah mendengar khutbah yg panjang dari en.suami dapat la beberapa not merah.....dalam 3-4 keping....mmg tak pernah lebih....just imagine.....duit minyak, duit tol, lunch...utk sepanjang bulan itu....
adik-adik ku, tahukah kalian, si KAKAK ini mengikat perut utk bertahan dgn beberapa keping not merah utk tempoh sebulan sblm menunggu gaji yg berikutnya.
(nasib baik la kat ofis selalu wat makan2)

OK....dats it for now.....will be continued>>> episode duka alam percintaan pulak....tungguuuu


22 July 2010

Buat baik di Balas Baik

Dear Blog,

Masa menaip entry ni, time lunch, malas nak keluar, so apa lagi, jenguk la kat sini.
Fuhhh!! sangat lega, audit dah settle dengan jaya nya. Part aku dpt OFI jer dan pujian yg melambung-lambung....(riak nye...)

Alhamdulillah, hasil penat lelah, tungkus-lumus, bersengkang mata dan OT aku selama dua minggu lepas berbalas dengan pujian yang melambung daripada auditor.
itu la, bak kata pepatah...buat baik di balas baik
kalau buat kerja dengan niat yang ikhlas dan tanpa rungutan, akan mendatangkan hasil yg baik.

Aku sangat bangga,even this is my first try, aku berjaya maintainkan pencapaian department ku. Aku berjaya buka mata kepada kroni-kroni ofis ni yg suka menjaga tepi kain orang, yang aku ni diam-diam ubi berisi (wlupun aku diam.....tapi kerja aku tak susahkan org dan always well done....sbb itu adalah expectation dari pegawai atasan, aku kena achieve)

Ok, dah la cite pasal audit. tak menarik pun.
Last week,hari sabtu, lepas blk dari kenduri kawen kawan en.asben, our small family benti solat kat "Masjid Besi P'jaya".....(my asben pggl nama tu....suka-suka jer).
Nak solat kena la gilir2 sbb ada si hero tu.

Masjid Besi ni best, masjid baru, guna kipas jer, tak de aircond2 nih.....selebihnya natural air....sbb MB ni wat concept "open"....so angin sepoi2 bahasa from p'jaya lake tu meniup masuk ke dalam MB.....sangat la nyaman nyer.

MB ni, dewan solat nya sangat la luas......kat tepi2 dewan tu ada balkoni yg leh org lepak2 after solat.....
aku, en. asben dan hero ku pun lepak2 gak after solat.

Seronok tgk perwatakan manusia kat situ. Masuk masjid of course la bertudung kan? tp aku sangat emosional dan sedih bila tgk ada mak2 datin, makcik2 yg berstatus mak2 org,teenagers pompuan....tanpa segan silu masuk ke masjid dengan kepala yg "bogel".

Awat nye???? tak blh ke nak respect Rumah Allah yg cantik tu.....terang2 nmpk niat ko sekadar nak bersantai2 kat situ. Solat atau tidak itu terpulang la pada individu. tapi aku sangat marah bila ada yg tak bertudung bila menziarah rumah Allah. Nauzubillah............

Termenung aku sejenak....sekali lagi terlintas di hati, dunia akhir zaman. Aku pernah terbaca, antara tanda-tanda dunia akan kiamat:
" Rumah Allah dihias cantik, namun tiada pelawat dan sekadar dijadikan hiasan"
Renungkanlah wahai manusia...........aku tau, aku juga bukan la perfect, tapi aku sekadar berkongsi ilmu yg mana ada pada ku.

Tidak takut kah kalian pada hari pembalasan?????..............terutama wanita.
Wahai kaum wanita......ketahuilah, bahawa kaum kita la yg paling senang mendapat pahala namun kaum kita juga lah yang paling ramai menghuni neraka........Nauzubillah.

Seems like entry kali ni sangat emosional yer kengkawan....sila abaikan emosi ku itu.
Entahlah....kadang tu aku terpikir jugak.....org2 yg buat dosa ni, terutama umat islam, mereka bukan tak tau bezakan pahala dan dosa....cuma............kenapa yer???

Nauzubillah......aku pun masih kerdil disisi Allah.....maafkan andai ada yg terasa. sekadar berkongsi ilmu.


See Ya!

15 July 2010

My First Award




Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award.

Thanx to nieza for this award...
*
*
*
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

ouhh>>>

1) Raja Noraziza
2) Banun
3) Asnoor
4) Farahliza
5) Ramlah
6) Rosmarlina
7) Kak Mai

..............tak cukup arr.......tak pe kew?.............
*
*
*

3. Contact mentioned Blogs and let them know they’ve won the award

Done.
*
*
*
4. State 7 things about yourself.

MamaHakim's are:

1) passionate bout' perfumes,hanbags,brooches,crystal
2) a bit pshyco bout' to loose weight
3) a simple person actually
4) love shopping therapy when get tension or in sad mood
5) tak suka mengharap belas dan kasihan org lain>>>>berdiri atas kaki sendiri
6) wlupun nmpak lemah pada luaran,tp kuat pada jiwa dan semangat>>> ye ker??
7) mom yg tegas but so loving pada hakim....

02 July 2010

Aku Terus DiDuga~~~

Sedih,sayu,rajuk,rawan hati ini tak siapa yg mengerti
hanya padaMu Allah,tempat aku mengalirkan air mata ini

Setiap fasa kehidupan aku sentiasa ada dugaan
dan kini, Aku DiDuga lagi......
Ya Allah, aku redha dengan setiap ketentuanMu
Ingin sekali hambaMu yg kerdil ini mengecap kebahagiaan yg sejati di bumiMu Ya Allah
Namun aku pasrah
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang telah Kau takdirkan kepadaku

Hebat sungguh ujianMu kepada ku kali ini
Terduduk dan termenung aku seketika
Apakah masih ada sinar kebahagiaan buatku didunia pinjamanMu ini Ya Allah


Aku masih berpegang pada janjiMu Ya Allah
Engkau tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak cukup tabah untuk menghadapinya
Aku mencari kekuatan diri ini
Aku terus melangkah disetiap nafasku demi kebahagiaan puteraku yg disayangi
Tidak adil jika dia turut diheret sama dengan kesedihan dan kekecewaan mamanya ini
Dia insan kecil yg masih tidak mengerti apa-apa

Ya Allah, apakah yg sedang menantiku?
hidupku tak putus-putus menghadapi ujianMu
Terkadang ingin rasa menyerah kalah......
Namun tatkala menatap mata puteraku itu, hati yg luluh ini kembali kuat