31 January 2010

AkuDanMakanaN part II


Lagi cerita pasal makanan.....(huhh, menambahkan kilo jer aku ni), pic yang first tu, dinner tuk Jumaat malam yang lepas, memandangkan Hakim demam dan tak selera makan, so aku decide utk masak sup ayam malam tu.....dan buah anggur ngan rambutan tu sampingan je la.....aku buat sup konon-konon nak start la menu diet aku.....ya!...sup memang makanan sihat,tapi apa ke jadah nyer kalau aku santap ngan nasi...(ala setengah senduk jer...ceh..alasannnnn).

Another pic tu, menu 1Malaysia kan....itu adalah hasil usaha aku membeli di pasar malam Bangi...hahhahhhaaa. I love pasar malam, terutama pasar malam Bangi ler, it's big and got a variety of foodsss...ohhhh, i'm in heaven..(yeah, mmg heaven....still tak sedar diri lagi ni). Bukan apa, that night my hubby ada football match, aku tinggal ngan Hakim jer kat umah, so apa lagi, virus M mula melanda, yg lagi best en. hubby seolah-olah memahami sindrom ku ini dengan menghulurkan sekeping not berwarna biru kebiruan itewww.....tambah lagi heaven kann...kann..

Gosshh!!! mmg tak sedar diri tul la aku ni. Bila kilo's meningkat aku gak yang psyco Tapi lagi psyco kalau tak dapat makan......mcm mana nihhh. Malas la nak fikir benda-benda macam ni, but i have to.....if not.....i will...........hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Wat ever laaa...

foot note: dah order SD 2 for 2tins. tgk mcm mana plak kali ni.


written by
mamahakim21482

30 January 2010

Apa YanG hAkiM Suke BuaT kaT rUMah****




Sekarang nie Hakim tgh mabuk ngan watak superhero nyer yg baru "ULTRAMAN". Semua benda pun mesti nak ultraman....buku ultraman, mainan ultraman, DVD ultraman...pendek kata semuanya ultraman laa.... habis dah kopak duit mama ngan abah nyer nak beli sume benda yg pasal ultraman ni. Pantang lalu kat mana-mana yang jual ultraman mesti mengamuk nakkk...

Bangun pagi jer, perkara pertama dia sebut "omen,omen" (ultraman)......hmmm, macam-macam ragam. Last year, suke ngan sponge bob. Hakim panggil sponge bob tu "bobob".....sampai sekarang bantal busuk dia bobob tu la, nasib baik belum jumpa lagi bantal peluk bentuk omen tu, kalau tak, confirm nak nyer.....

Pening ler kepala mama ngan abah kalau macam ni, tak boleh ajar mewah ni, tapi tu la kan, tak bagi sian pulak asyik dok nangis jer....apa-apa pun, selagi tak melampaui batas....it's ok, lg pun selama ni pun mama ngan abah menumpang rezeki hakim gak....setakat mainan yg tak seberapa ringgit tu apalah salah nyer....nanti hakim dah besar tau lah dia membezakannya....


written by
mamahakim21482

26 January 2010

AkuDanMakanaN


*
*
*
*
*

aahhaaa.....yang kat atas nie adalah antara resepi2 yg aku dah try.....first pic tu "serawa durian" ada gak yg panggil "pulut durian"....adoiiii...makan tak ingat nih, duriannnn tue, mana leh tahan, nak buat pun senang and cepat, lagi pun aku mmg suka makanan yg berasaskan pulut nih.

Then second pic tu "mee udang"....first time try buat, en। hubby suka....gambar tu sorry ler coz dah separuh jalan makan baru teringat nak snap.....Actually, seronok main masak-masak nih, cuma kadang tu, masa tak mengizinkan (kalau weekdays laa)....tu yg asyik menapau jer....but weekend adalah masa untuk aku bereksperimen di dapur.....buka blog kawan-kawan yang pandai masak then copy paste reseipi dorangggg.....seb baik la aku ni ada gak bakat memasak (aiiseehh...statement)....first time try pun jadik....(ni kes masuk lif tekan sendiri okeyyy)


Hahaha....tapi apa pun, dah mmg azali, setiap wanita tu dah dianugerahkan pandai memasak even masak air pun, tu pun dikira bakat gak ek. So, frens hope u olss enjoy my entry for todayyy…..



written by,
mamahakim21482



06 January 2010

Siapa yang Tahu~~~????


Dear Blog,

Setelah beberapa hari melangkaui tahun 2010, baru kali ini aku berkesempatan menulis lagi. 2010 aku sambut dengan keadaan kesihatan yg kurang baik, aku demam untuk beberapa hari.... Tinggalkan cerita sakit, apa yg berlaku untuk permulaan 2010 pada diriku???

Yup, pada mulanya bermula dengan baik, Alhamdulillah Allah mendengar rintihan hambaNya ini. Ku lalui hari-hariku seperti rutin yang biasa, tiada yang berubah pun, cuma anakku Hakim makin manja dengan ku, kengkwn jangan salah sangka pula, bukan manja sbb nak dpt adik, tp tak tahu kenapa Hakim semakin manja dengan ku....sebelum ni asyik nak ngan abah dia jer...mungkin dia makin membesar dan dia mula memahami kasih sayang yang aku curahkan untuk dirinya....alahaiii anak mama sorang nih.

Aku ingin jadikan 2010 ini, tahun yang penuh dengan senyuman dan kegembiraan....aku perlu tinggalkan cerita duka....jangan menangis lagi..itu azamku.
Namun jauh disudut hati yang kecil ini, masih menangis....Kenapa masih menangis ALIN???........luka ku yang berparut, hati ku yang berderai, SIAPA YANG TAHU???

Biar la....biar la aku sendiri yang menangis dan biar la aku sendiri yang memujuk kerana SIAPA YANG TAHU??? saat hati ini dilanda duka....biar la, air mata ini setia menjadi peneman kerana air mata ini pasti tidak akan kering....air mata ini pasti akan hadir saat terkenang cerita suka dan duka....

Kepada hamba-hamba Allah yang selalu membiarkan hati ini menangis, bergembiralah kalian melihat air mata ini, tiada apa yang perlu ku dendamkan...kerana aku dambakan kebahagiaan yang kekal DI SANA kelak, dunia ini hanya pinjaman......apa yang ada padaku sekarang juga hanyalah pinjaman, tiada satu pun yang akan kekal....

Pasti ada sinar bahagia untuk aku suatu ketika nanti, aku yakin. Salam to all...

Bye...Bye...