06 October 2011

Syukur

Saat kita terlalu gembira
pasti ada duka
namun,
Saat kita berduka lara
pasti ada khabar bahagia

Allah Maha Adil
puas sudah aku menangis
puas sudah aku meratapi
kini
datang khabar gembira buat ku

Ya Allah.....Kau mendengar doaku
Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
*
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah.......sabar itu indah!!




note: sampai masa nanti MH nak kongsi berita gembira tu dgn u olls semua ok   :-D

02 October 2011

Warkah Buat Sayangku...Hakim

Assalamualaikum,

Sayangku Hakim,

Pada detik dan saat ini, mama coretkan warkah ini buat kenangan untuk Hakim
pada masa hadapan kelak.
Warkah ini bukti kasih sayang mama kepada Hakim yang tidak pernah berbelah bagi.
Setiap hari, hanya Hakim dalam ingatan mama.

Sayangku Hakim,

Mama amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan Hakim kepada mama, anak sulung lelaki.
Mama tahu, suatu hari kelak Hakim akan menjadi pembimbing, pelindung dan tempat berteduh bagi mama
dan adik-adik yang lain andai nya Hakim dikurniakan adik beradik yang ramai.

Sayangku Hakim,

Keletahmu setiap hari membuatkan mama terhibur dikala hati dan perasaan mama disakiti.
Senang hati mama apabila melihat tawa riang Hakim.....Hakim memang tidak pernah akan
faham derita yang mama tanggung....
tidak mengapa....Hakim tak perlu lalui semua itu.
Hakim selalu menyapu air mata mama setiap kali mama menangis.....
Hakim selalu pujuk mama setiap kali mama merajuk
Hakim selalu puji masakan mama walaupun sekadar nasi putih dan telur goreng
Hakim selalu menadah tangan dan berdoa bersama mama setiap kali mama selesai solat

Sayangku Hakim,

Mama selalu berdoa
agar Hakim menjadi anak yang soleh dan selalu mendengar cakap mama dan hormat orang tua
yer memang Hakim nakal....memang hakim lasak.....tapi itulah Hakim
apalah yang Hakim tahu pada umur Hakim baru tiga tahun ini
fitrah kanak-kanak.....hanya kegembiraan yang mereka faham....

Sayangku Hakim,

Maafkan mama kalau mama selalu marahkan Hakim
demi untuk kebaikan Hakim juga.....mama marah sebab mama sayangkan Hakim
mama minta maaf sebab selalu kurung Hakim dalam bilik air sebagai denda atas kesalahan Hakim
itu saja jalan yang terbaik....daripada mama pukul Hakim teruk-teruk
mama lebih rela dengar Hakim menangis dalam dua tiga saat dalam bilik air tu

Sayangku Hakim,

Hakim anak yang baik
setiap kali Hakim merasakan Hakim dah melakukan kesilapan
Hakim akan terus minta maaf daripada mama
itulah satu perangai Hakim yang sangat terpuji

Sayangku Hakim,

Jadilah manusia yang berguna suatu hari nanti
jadilah khalifah Allah yang sentiasa taat pada agamaNya
jadilah seorang lelaki yang sentiasa bertanggungjawab
jadilah seorang anak yang soleh
jangan pernah cuba untuk menyakiti hati orang lain....percayalah amat perit bila hati dilukakan
jangan pernah cuba untuk mencari musuh....cubalah padamkan sifat dengki dan dendam

Sayangku Hakim,

seandainya ditakdirkan umur mama tak panjang
selalu lah berdoa untuk mama yer sayang
angkatlah jenazah mama hingga ke liang lahad
pasti mama akan tenang disana nanti

Sayangku Hakim

pesanan mama yang terakhir
selalulah mencari keredhaan Allah....dekatkan diri dengan Allah
kalau kita rasa sedih dan rasa diri dikhianati
sujudlah kepada Allah.....menangislah, mengadulah semahunya
kerana hanya Allah sahajalah yang menyayangi kita secara hakiki
nescaya kita akan temui ketenangan....

Sayangku Hakim

kaulah harapanku.....kaulah yang paling ku sayang....kaulah sedih dan gembiraku
Mama Sayang Hakim.




Lots of Love
Mama

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

29 September 2011

Apabila Kita Menangis

Dalam kita melangkah terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat hingga
kita terduduk menangis....peritnya terasa
tapi ketahuilah dan renungilah kembali
kedalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir
kerana Dia mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar dari keikhlasan
dan semoga kita tabah dan ditetapkan IMAN.....

Ku Impikan Keluarga S-M-R

Kuimpikan keluarga,
Bahagia, harmoni dan sejahtera,
Dengan cinta, hikmah, dan tawa ria,
Bukan dengan gelar, harta dan wang berjuta.

Kuimpikan rumahtangga,
Bahagia dalam sederhana,
Harmoni dalam ibadah,
sejahtera dari keluh kesah.

Kuimpikan keluarga,
Walau kehidupan bertandang pancaroba,
Tangan bertaut, saling menyokong,
Salah dan silap, dinasihati dengan cinta,
Kebaikan bukan untuk diri, tapi seluruh ahli di dalamnya..

Kuimpikan rumahtangga,
Bersinar indah bukan dek perhiasan mewah,
Tetapi kerana kasih sayang berpandu ajaran-NYA,
Mencambah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kuimpikan…
keluarga SMR…

InsyaAllah.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI

note: puisi ini dipetik daripada blog: http://ummuhusna99.blogspot.com.
 terima kasih kpd pemilik blog kerana memberi keizinan utk berkongsi   :-D



24 September 2011

Ku Cari Damai Di Hati

Tatkala insan lain sedang bergembira
namun aku disini menangis meratapi nasib
mencari sekelumit sinar kebahagiaan

puas aku mencari salah diri ini
puas aku muhasabah mencari kekurangan diri
lalu ketemui jawaban
aku hanyalah manusia yang lemah

kadang cemburu dengan kebahagiaan
kenapa terlalu singkat hadir dalam hidupku
apakah aku tak layak untuk bahagia???
Tuhan telah merancang yang terbaik buatku
ku menanti rahmatNya

Sakitnya......pedihnya derita yang ku lalui ini
serasa untuk mengalah
namun aku pasti dapat mengharunginya
ku panjatkan doa agar diberi ketabahan dan kesabaran
dalam mengharungi onak yang berduri ini

kesunyian yang melanda diri
kerinduan yang menghimpit jiwa
mengajak aku untuk lebih mengenali
Penciptaku.......Dia lah Yang Maha Esa

Ku Cari Damai Di Hati
kepada Tuhanku tempat aku mengadu
kepada Tuhanku tempat aku menangis semahunya
kerana aku yakin dan percaya
Allah mengetahui segalanya.....gejolak di dalam hati ini

pasti ada kebahagiaan yang menantiku
kerana Allah telah mengambil sedikit kebahagiaan dariku
dan Allah berjanji akan memberi lebih kebahagiaan
buat mereka yang sabar
Sabar itu indah............................................

wahai hati, tenanglah
wahai jiwa, damailah
yakin Allah bersamaku.



note: sekadar coretan....... :-)